Anwar alu-alukan komitmen Warisan sokong pembentukan kerajaan perpaduan

PUTRAJAYA, 27 Nov -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) menerima kunjungan hormat Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Ahli Parlimen Semporna di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra.

27/11/2022 08:18 PM

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan komitmen pemimpin Parti Warisan (Warisan), yang menyokong usaha pembentukan dan kestabilan kerajaan perpaduan yang diterajui beliau.

Perdana Menteri menerusi catatan di Twitter beliau hari ini berkata komitmen berkenaan juga adalah demi kepentingan rakyat Sabah.

Menerusi ciapan tersebut, Anwar turut berkongsi gambar kunjungan hormat Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ke atas beliau di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Warisan memenangi tiga kerusi kesemuanya di Sabah iaitu Semporna, Lahad Datu dan Kota Belud.

-- BERNAMA