Keputusan, penyata pengundian PRU15, PRK DUN Bugaya diwartakan - SPR

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak

15/12/2022 03:32 PM

KOTA KINABALU, 15 Dis (Bernama) --  Keputusan dan penyata pengundian selepas penjumlahan rasmi undi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah diwartakan semalam, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha SPR Datuk Indera Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan hari ini berkata pewartaan itu juga melibatkan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya yang diadakan serentak dengan PRU15 pada 19 Nov lepas.

Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, katanya.

-- BERNAMA